BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 2, 2009

Aktiviti 1 : Tugasan 1 - Buku

Berdasarkan buku yang anda baca

a) Bincang tentang "mengenalpasti masalah kajian tindakan".

b) Bentang 2 kumpulan dan laporkan dalam blog

Berdasarkan Buku 1 ;

Supporting Learning Professionally - Doing Action Research For School Support Staf

Penulis : Claire Taylor, Min Wilkie & Jaudith Basir

Penyataan masalah dikenalpasti apabila wujud keinginan untuk melakukan penambahbaikan terhadap pengurusan atau proses pnp yang berlaku di sekolah. Penyataan masalah dikenal pasti setelah melalui proses pengamatan yang dilakukan oleh pengkaji. Pengamatan juga boleh berbentuk melihat kajian lepas (literatur review), maklumat daripada internet dan sebagainya. Penulis juga menyatakan bahawa 'kajian adalah merupakan sebahagian daripada rutin seharian di sekolah'

Proses ini diteruskan apabila wujudnya fokus utama kajian. fokus utama kajian ini pastinya ingin melakukan penambahbaikan terhadap masalah/kekangan yang timbul.

Situasi ini disokong apabila adanya kehendak dikalangan pengkaji dengan matlamat bahawa hasil yang diperolehi berbaloi, kemudahan mendapatkan sumber yang releven serta tahap motivasi yang tinggi. Oleh itu, sebelum menjalankan sebarang kajian tindakan di sekolah, setiap pengkaji perlu mengenalpasti persoalan kajian seperti ;

a) Apa yang dilihat sebagai satu masalah?

b)Apa bukti yang boleh diperolehi untuk membuktikan masalah tersebut.

c) Apakah kaedah penyelesaian yang terbaik?

d) Bagaimana untuk melakukannya?

e) Bagaimana kesan dapat dinilai?

f) Apakah tindakan sewajarnya?

persolan yang diutarakan akan memudahkan pengkaji mengenalpasti masalah kajian tindakan yang ingin dilakukan.

Namun begitu, terdapat pelbagai kekangan yang boleh menggagalkan usaha seseorang pengkaji. Oleh hal demikian, seorang pengkaji perlulah bermotivasi tinggi, berdisplin, kretif dan unik serta kepelbagaian cara untuk mendapatkan sumber atau menjayakan kajian yang dijalankan.

Berdasarkan buku 2;

Teachers Investigate their Work; An Introduction to Action Research Across the Professions (Second Edition)


Dalam mengenalpasti masalah kajian, buku ini mengambil kira 5 aspek berikut:-


a) Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri

  • Minat untuk mencari dan mencuba idea-idea baru, mencipta kekuatan dengan rutin tanggungjawab dengan cara yang lebih baik
  • Menghadapi sesuatu kesulitan seperti contoh mahu membaiki, menyelesaikan atau meringankan kesulitan tersebut
  • Terdapat situasi yang tidak jelas dan memerlukan penjelasan yang lebih terperinci dan tepat bukannya sekadar anggaran semata

b)Penyataan misi, program-program berterusan dan program-program pembangunan institusi itu

  • Apabila terdapat misi-misi atau program-program yang memerlukan fokus tentang sesuatu dan perkembangan yang lebih mendalam lagi tentang sesuatu amalan yang dijalankan


c)Berdasarkan keputusan daripada penilaian dan maklum balas

  • Maklum balas dan penilaian yang diperolehi daripada individu dan persekitaran boleh merangsang untuk melakukan kajian untuk menjawab atau menyelesaikan permasalahan yang timbul dan mencari kaedah atau cara yang terbaik untuk meningkatkan kualiti amalan yang dijalankan


d) Penyertaan dalam pembangunan dan program-program dalam perkhidmatan

  • Penyertaan ini merupakan satu inisiatif daripada pihak atasan bagi menggalakkan untuk melakukan inovasi dalam perkembangan amalan dalam organisasi dan menyediakan idea-idea dan dorongan-dorongan untuk menjalankan kajian lanjut


e)Sikap ingin tahu dan "kepentingan-kepentingan teoretis"

  • Sikap ingin tahu tidak semestinya datang dari pengalaman seseorang, namun ia boleh datang melalui pemerhatian terhadap rakan sekerja, atau dapatan kajian orang lain
  • Melalui sikap ingin tahu ini seseorang akan bertindak untuk melakukan kajian bagi memastikan pemerhatian dan dapatan yang diperolehi itu betul atau tidak dan adakah ianya boleh diaplikasikan dalam bidang atau organisasi yang diduduki .


Disediakan oleh Naz, Sahirah & Amirah




Tuesday, December 1, 2009

ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

Tajuk : Supporting Learning Professionally - Doing Action Research For School Support Staf
Penulis : Claire Taylor, Min Wilkie &
Jaudith Basir


Apa Itu Kajian Tindakan

ž Pakar dalam kajian pendidikan menganggap kajian adalah merupakan sebahagian daripada rutin seharian di sekolah.

ž Sumber/maklumat berkaitan kajian tindakan diperolehi melalui internet sebagai rujukan asas untuk memulakan kajian di dalam kelas serta untuk mendapatkan data.

Definasi Kajian Tindakan

ž Kajian melibatkan pengamatan keatas pelajar untuk melihat sikap & tingkah laku pelajar didalam kelas. Pengamatan ini kemudian akan dianalisis dan ini mewujudkan kajian tindakan di sekolah.

ž ini memperlihatkan peranan guru sebagai pendidik, pengajar serta pengkaji di sekolah.

ž Umumnya, kajian menggunakan maklumat yang diperolehi seharian. Maklumat tersebut dikategorikan, penggunaan cara sistematik yang mana ia bertujuan pembangunan teori baru berkaitan permasalahan P&P seharian.

Literature Review

ž Menurut Cohen etl. (2000), Kajian tindakan adalah indikator yang penting dalam membawa perubahan dan mewujudkan penambahbaikan.

ž Oleh itu, guru berperanan penting sebagai agen perubahan di sekolah (Gray;2004) . Maka guru berperanan menjadi pendidik, pengajar dan pengkaji di sekolah.

ž Dapatan kajian adalah berfokus setempat iaitu dimana kajian tersebut dijalankan. Maka, kesimpulan secara umum adalah kurang tepat. ( Cohen etl;2000)

ž Kajian Tindakan adalah penggunaan cara yang teratur dan sistametik dalam mengumpul, membentang dan menganalisis data. melalui kaedah ini akan membentuk teori baru dan langkah penyelesaian yang lebih praktikal. (Barlett et.al 2001)

Sebab Kajian Tindakan Dijalankan

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

ž Kajian yang dilakukan akan meningkatkan lebih pemahaman berkaitan suasana dan isu yang biasa wujud di sekolah. Ini sekaligus akan menghasilkan matlamat dan misi baru dalam pembangunan pendidikan.

ž Seterusnya ia akan meningkatkan kualiti P&P di sekolah

ž Setiap peristiwa dan isu yang berbangkit berkaitan P&P di dalam kelas dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan

Menghasilkan Teori Baru

ž Rangka kerja kajian yang dihasilkan adalah lebih tersusun dan sistematik.

ž Maka, ini memudahkan pembentukan teori baru yang selaras dengan suasana P&P di dalam kelas

ž Memudahkan pembangunan/kemajuan melalui pemikiran yang terlatih.

ž Dasar pendidikan dan pembangunan pendidikan adalah berlandaskan kajian tindakan sebenar yang dilakukan oleh golongan yang benar-benar berada dalam dunia pendidikan dan berurusan dengan suasana P&P sebenar di dalam kelas.

Kajian Tindakan Dilakukan Apabila

ž Ingin mengubah kaedah P&P di dalam kelas.

ž Galakan penerapan nilai murni keatas pelajar dengan tujuan perubahan tingkah laku & sikap pelajar.

ž Memantapkan pengurusan pentadbiran di sekolah.

Pendekatan dalam pengkajian

Pemerhatian

ž Cabang ilmu falsafah yang menngaggap ilmu pengetahuan semata-mata berdasarkan pengalaman dan ilmu/kepercayaan yang pasti.

Pentafsiran

ž golongan ilmuan yang menolak kepercayaan bahawa dunia ini diterjemahkan oleh sesiapa yang berhubung denganya.

MODEL REKA BENTUK KAJIAN

melibatkan

  • perancangan
  • tindakan
  • pemerhatian
  • penilaian hasil kajian


John Creswell (2002) menyatakan bahawa kajian tindakan adalah dinamik, proses yang fleksibel yang melibatkan langkah-langkah pengenalpastian reka bentuk kajian tindakan yang terbaik, mengenalpasti masalah, lokasi sumber yang penting dan berkaitan, mengenalpasti maklumat yang diperlukan, perlaksanaan dan menganalisis data, merancang tindakan serta menjalankan refleksi untuk mengetahui samada ianya memberikan perbezaan ataupun tidak.

Prosedur/Proses dalam Kajian

ž Mengenalpasti kawasan penyelidikan yang memerlikan perubahan.

ž Mencari tindakan untuk perubahan

ž Menilai kesan penyelidikan keatas perubahan

ž Merancang kembali/memperbaiki perubahan

ž Pengulangan

ž Usaha yang berterusan melalui refleksi dan latihan

Teknik-Teknik dalam Kajian

Perancangan

ž Melibatkan kawasan, kesan perancangan, sebab & akibat, kesesuaian kajian dijalankan (fokus kajian)

ž Memastikan perkara yang ingin dilakukan perubahan, mampu melakukan perubahan tersebut dan sentiasa berfikiran positif (bermotivasi) untuk melakukan perubahan terbabit.

ž Mendapatkan sumber-sumber dan peserta kajian yang sesuai.

ž Memikirkan idea yang releven sebagai langkah penyelesaian.

Senarai semak dalam memilih fokus utama untuk kajian tindakan

a) Apa yang dilihat sebagai satu masalah?

b) Apa bukti yang boleh diperolehi untuk membuktikan masalah tersebut.

c) Apakah kaedah penyelesaian yang terbaik?

d) Bagaimana untuk melakukannya?

e) Bagaimana kesan dapat dinilai?

f) Apakah tindakan sewajarnya?

Pemerhatian & refleksi

Melibatkan beberapa step iaitu;

1. Perolehan data

ž Melalui pengamatan, temubual, rakaman video dan analisis dokumen.

ž Alat yang sesuai untuk pengumpulan data haruslah berasaskan kepada tujuan kajian.

2. Cadangan kertas kajian/proposal.

ž Melibatkan jadual dan masa kajian ingin dijalankan.

ž Kandungan kajian seperti peserta kajian dan peranan pengkaji.

ž Menyatakan sebab rasional memilih tajuk yang ingin dikaji.

ž Literature Review iaitu melibatkan sumber kajian lain yang sesuai dengan tajuk kajian tersebut.

ž Usul, metodologi, amalan & etika perlu diambil kira.

ž Pandangan terhadap kemungkinan dapatan

3. Pemerhatian dan analisis untuk melihat kesan/implikasi kajian.

4. Tindak balas

ž Penambahbaikan dan cadangan yang sesuai.

5. Penilaian

ž Menilai hasil dapatan kajian terhadap perubahan tingkah laku dan penerapan nilai murni.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

1.Terdapat 2 jenis teknik untuk mengumpulkan data iaitu:

ž * Data Kualitatif

ž * Data kuantitatif

2. Data kualitatif lebih bersesuaian dilakukan dalam kajian tindakan .

PENGUMPULAN DATA

ž Pemerhatian – berstruktur/tidak berstruktur.

ž Jurnal, Artikel & nota kaki.

ž Sumber Dokumentari

ž Soal selidik

ž Temubual

ž Peralatan audio-visual

PENGANALISISAN DATA

Terdapat 4 cara asas dalam menganalisis data iaitu;

ž Menamakan

ž Mengkatogorikan

ž Menganalis Hubungan

ž Mempersembahkan

Penulisan Ilmiah

ž Melibatkan tesis, jurnal atau artikel yang dihasilkan berdasarkan kajian tindakan yang dilakukan

ž Melibatkan penulisan report, kaedah penulisan, kesahihan & ketekalan kajian.

Faedah Dari Kajian Tindakan

ž Mencapai tahap ‘The Viva’

ž Mempengaruhi perubahan dan pembangunan yang berterusan.

ž Pembangunan profesional pekerja sokongan

ž Bekerja dalam satu kumpulan (risiko, matlamat & kejayaan dikongsi bersama)

ž Bekerja bersama golongan profesional lain.