BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 18, 2009

Tugasan 3 : Aktiviti (Kolokium)

Tugasan 3

  1. Bentang (berapa individu akan dipanggil)
  2. Fokuskan kepada bagaimana data dari pelbagai sumber dianalisis
  3. Apakah kekuatan dan kelemahan?
  4. Cadangkan penambahbaikan
  5. laporkan dalam blog masing-masing

LAPORAN 2

TAJUK : MENINGKATKAN PENGLIBATAN & MINAT PELAJAR TINGKATAN 1 TERHADAP SUBJEK SAINS MELALUI PENDEKATAN AKTIVITI DALAM KUMPULAN.

PEMBENTANG : SITI FATIMAH ARIFFIN & ZAINUN YASIN.

TARIKH/MASA : 27 OKTOBER 2009, 8.30 PAGI.

TEMPAT : BILIK PERDANA C.


Pengumpulan & Penganalisisan Data

Kaedah pemerhatian digunakan semasa kajian dijalankan manakala kaedah temubual & refleksi pelajar digunakan selepas kajian dijalankan (melibatkan hanya 10 orang pelajar sahaja bagi kaedah temubual)

Ulasan & Cadangan
Hasil dari pemerhatian saya, didapati bahawa kaedah P&P berpusatkan pelajar adalah kaedah yang lebih sesuai dan berkesan untuk meningkatkan penglibatan dan pengetahuan pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Subjek sains adalah mata pelajaran yang sukar dan berbentuk konseptual. Maka pendekatan P&P secara berkumpulan mampu untuk meningkatkan pengetahuan pelajar. Mereka dapat berbincang dan menyatakan idea masing-masing. Kaedah dendaan dalam permainan kotak beracun akan meningkatkan kerjasama pelajar untuk menjawab soalan dengan betul. Manakala pendekatan rancangan ‘Jangan Lupa Lirik’ adalah merupakan salah satu kaedah kretif yang dijalankan pengkaji kerana aktiviti P&P berbentuk hiburan pasti mewujudkan suasana P&P yang ceria dan menarik. Namun begitu, beberapa cadangan penambahbaikan perlu difikirkan seperti membuat ujian penilaian selepas setiap kitaran, sesi temubual hendaklah dibuat lebih daripada 10 orang pelajar dan memanjangkan masa aktiviti.


LAPORAN 2

TAJUK : MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TINGKATAN 4 BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
(TAJUK : ZIKRULLAH PENGUBAT HATI) DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN MAUJUD

PEMBENTANG : MOHD HAFIZ BIN HASSAN & MOHD HAIROL HAFIFI BIN HUSSIN

TARIKH/MASA : 27 OKTOBER 2009, 11.00 PAGI.

TEMPAT : BILIK PERDANA C.

Pengumpulan & Penganalisisan Data


Pemerhatian dan penggunaan rakaman video dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan sebagai instrumen kajian.

Kaedah/kemahiran yang digunakan melibatkan permulaan, variasi dan penerangan seterusnya penggunaan papan putih, penjelasan melalui contoh dan akhir sekali teknik penyoalan dan pengesanan.

Ulasan & Cadangan

Penggunaan bahan sedia ada atau bahan maujud merupakan salah satu kaedah/teknik sedia ada yang mungkin kurang disedari oleh guru tentang keberkesananya. Kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberi pengetahuan kepada saya bahawa bahan maujud merupakan salah satu BBM yang paling berkesan. Malah saya juga tertarik dengan ulasan pembentang yang mana "BBM yang paling menarik dan terbaik adalah diri guru itu sendiri." Oleh hal demikian, sebagai seorang guru kita perlulah memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang pelbagai. Ini adalah penting kerana guru adalah pendidik yang mana matlamat utamanya adalah membentuk tingkah laku pelajar menjadi insan yang berguna, berkualiti dan seterusnya dapat berbakti kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Di dalam kelas pula, guru perlulah memastikan pelajar-pelajarnya memahami konsep serta pembelajaran dalam kelas tersebut. Penerangan yang diberikan ketika P&P juga perlu ringkas, jelas, tepat dan disertai contoh-contoh agar tidak mengelirukan para pelajar. Penggunaan Bahan Maujud merupakan salah satu kaedah yang baik untuk menarik minat pelajar kerana bahan maujud ini memang wujud dan jelas serta mempunyai sifat-sifat yang boleh dikenalpasti oleh deria-deria kita iaitu mata, telinga, lidah, hidung dan kulit. Penglibatan pelajar secara langsung dengan penggunaan Bahan Maujud ini juga menjadikan pelajar aktif dalam proses P&P .

Kesimpulan & Ulasan Kesesuaian Kedua-dua Kajian Tindakan Tersebut.

Setelah membaca, meneliti dan memahami kedua kajian ini, saya berpendapat bahawa kedua-dua kajian ini adalah sesuai dengan maksud kajian tindakan. Berdasarkan tajuk kajian, kedua pembentang mengutarakan matlamat untuk meningkatkan minat pelajar. Dalam hal ini, saya berpendapat, perkataan meningkatkan perlu diubah atau digugurkan. Ini kerana kajian tindakan yang dijalankan disekolah pastinya berbentuk satu kajian yang bertujuan untuk penambahbaikan sesuatu kelemahan yang wujud dalam aktiviti P&P di dalam kelas. Sebagai contoh tajuk yang boleh digunakan & dicadangkan adalah 'Pendekatan aktiviti dalam kumpulan berkaitan minat & tahap penglibatan pelajar tingkatan 1 bagi subjek sains'. Dari segi permasalahan kajian, ternyata kedua-dua kajian ini berhadapan dengan situasi untuk menarik minat pelajar serta mewujudkan suasana P&P yang menarik di dalam kelas. Methodologi yang digunakan juga adalah jelas bagi kedua kajian ini yang mana menggunakan pendekatan permainan, penggunaan multimedia & bahan maujud dalam usaha meningkatkan minat & penglibatan pelajar di dalam kelas. Sampel & setting kajian juga adalah jelas dinyatakan oleh pengkaji. Hasil dapatan kajian juga adalah bertepatan dengan matlamat/objektif kajian. Kedua kumpulan pembentang/pengkaji menyatakan dengan jelas hasil kajian mereka. Pengumulan & penganalisan data juga menggunakan kaedah kualititatif yang mana adalah kaedah yang bertepatan dengan kajian tindakan. Tahniah kepada kedua kumpulan pengkaji atas kajian ini....


Tugasan 2 (kelas) - Pengumpulan & Analisis Data : Jurnal

JURNAL 1

Online Collaboration : Suppporting Novice Teachers as Researchers
Barbara H. Davis & Virginia K. Resta
(KERJASAMA SECARA MAYA : MEMBANTU GURU NOVIS SEBAGAI PENGKAJI)

  • Penggunaan email sepanjang 12 minggu kajian. Penulis akan menghantar soalan kepada guru-guru terbabit. Respon akan diberi sekurang-kurangnya 1 kali semnggu. Penulis menghantar soalan kepada guru-guru terbabit melalui email berdasarkan bidang kajian/pengajaran mereka. Soalan-soalan tersebut adalah :
1) apa sedang berlaku/ yang dilakukan dalam P&P di kelas anda
2) Apakah masalah dan cabaran yang dihadapi,
3) Persoalan-persoalan yang timbul
4) Bagaimana penulis boleh membantu dalam kajian anda.


Pengumpulan & Penganalisisan Data
  • Kaedah perhubungan secara maya dilakukan sepanjang tempoh guru novis melakukan kajian. Manakala kaedah temubual & kajian pos dilakukan selepas tamat tempoh kajian (melibatkan hanya 9 orang sahaja guru selepas tamat kajian). Penulis berperanan membaca segala email yang diberi, mengkategorikan setiap email/respon yang diberi. Untuk meningkatkan kebolehpercayaan, penulis mengkategorikan setiap analisis dengan bilangan sampel yang terbesar.

JURNAL 2

Exploring Portfolios in The Elementary Classroom With Students With Disabilities/Exceptionalities: Timely or Time-Consuming
S. Anthony Thompson & Lynsey Baumgartner


(PENGGUNAAN KAEDAH PORTFOLIO DI DALAM KELAS RENDAH & SEDAHANA BAGI PELAJAR-PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS TEPAT WAKTUNYA ATAU MEMAKAN MASA
)

  • Kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah pemerhatian dan temubual telah digunakan untuk mendapat kandungan/isi yang bersesuaian dengan kajian portfolio.
  • Kelas tahap pencapaian sederhana dan rendah telah dipilih. Pelajar berada pada gred yang tersendiri iaitu gred 4 (seorang), gred 2 (seorang) dan bakinya adalah gred 3. Gred tersebut adalah berdasarkan jenis kekurangan (kecacatan) yang dihadapi pelajar.
  • Terdapat beberapa persoalan yang wujud dalam kajian ini ;
1) Pada perspektif guru, sejauhmana keberkesananpenggunaan portfolio dalam kelas terutamanya berapa banyak usaha dan penglibatan masa yang diperlukan.
2) Adakah pelajar-pelajar khas ini akan menceritakan pengalaman mereka dari sudut positif dalam portfolio mereka.
3) Sejauhmanakah kemungkinan pelajar-pelajar ini membuat refleksi terhadap aktiviti pembelajaran mereka tanpa penggunaan portfolio.


Pengumpulan & Penganalisisan Data
  • Kaedah pemerhatian dan temubual secara bersemuka adalah kaedah utama untuk membentuk dapatan kajian.
  • Prosedur/ Proses-proses kajian tindakan penggunaan portfolio kepada pelajar bekeperluan khas melibatkan :
1) Kurikulum portfolio.
Melalui penggunaan kepelbagaian tema aktiviti seperti seni bahasa, aktiviti matematik & sains
2) Sumber data & Kandungan.
Kawasan kajian terletak di komuniti serdahana(sosioekonomi)
Lawatan pertama semasa kajian mendapati kelas tersebut berada dalam keadaan bising dan sibuk. Ketika lawatan kedua (data dikutip), penulis memberi komitmen pada pelajar .
3) Temubual bersama pelajar berkeperluan khas.
Soalan berkaitan pembelajaran yang diperolehi dari aktiviti dijalankan & pengetahuan yang diperolehi dari portfolio yang dibina.
4) Mengumpul dan menganalis dapatan kajian seterusnya diterjemahkan dalam bentuk data.
Data analisis bermula dari teori penggunaan portfolio kepada data dan kembali diterjemahkan kepada teori baru.

JURNAL 3

Teachers 'In-FlightThinking in Inclusive Classrooms

David Paterson

(KAEDAH PEMIKIRAN GURU SECARA ‘IN-FLIGHT THINKING’ DI KELAS PENCAPAIAN RENDAH & SEDERHANA)

  • Kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah pemerhatian, rakaman video dan temubual telah digunakan untuk mendapat pemahaman dalam kaedah yanag bersesuaian untuk diketegorikan sebagai in-flight thunking dikalangan guru.
  • Kelas tahap pencapaian sederhana dan rendah telah dipilih. Guru akan terlibat dengan kajian tindakan berdasarkan pengamatan dan kajiannya di kelas terbabit.
  • Terdapat 3 andaian terhadap pemikiran guru yang berkaitan pembinaan in-flight thinking.
1.Pengajaran adalah proses kognitif yang kompleks yang berhubung dengan bentuk & persekitaran yang dinamik.

2. Terdapat jalinan hubungan antara tindakan dan pendapat guru. Contohnya tindakan adalah dikawal oleh pendapat yang akhirnya beri kesan kepada tindakan guru.

3. Pandangan & tindakan guru akan berkait dengan pembelajaran murid.


Pengumpulan & Penganalisisan Data

Pengumpulan & pengutipan data berasaskan 3 kaedah ;

1. Nota kajian – pengkaji membuat catatan berdasarkan apa yang berlaku serta cadangan yang bersesuaian. Selain itu, catatan yang berbentuk subjektif melibatkan perasaan, rasa & idea.

2. Temubual separa berstruktur – guru member pandangan berdasarkan pengalaman di kelas-kelas terbabit.

3. Temubual berdasarkan rangsangan ingatan – rakaman video di buat semasa guru mengajar. Kemudian, guru terbabit akan memberi komen berdasarkan rakaman tersebut berkaitan cara & kaedah pengajaran mereka.

Tugasan 1 (kelas) : Pengumpulan & Analisis Data - Buku

Berdasarkan Buku 1 ;


Supporting Learning Professionally - Doing Action Research For School Support Staf

Penulis : Claire Taylor, Min Wilkie & Jaudith Basir


PENGUMPULAN & ANALISIS DATA



Pendekatan Dalam Pengkajian (Claire Taylor)


Methodologi Kajian

Kata kunci adalah ‘fitness for purpose’ iaitu adakah metodologi yang anda gunakan sesuai dengan kajian yang hendak dilakukan. Ia mungkin berbentuk praktikal & ethical berkaitan dengan metodologi yang digunakan. Ia juga termasuk juga masa, kos dan masalah untuk diperolehi. Pengumpulan data haruslah mengandungi 2 aspek ptg iaitu kebolehpercayaan dan kesahan.


Kajian terhadap indicator yang digunakan dalam pengumpulan data.

‘Saya melihat pengumpulan data bermaksud maklumat (dokumen) yang berguna untuk dipamerkan dalam sesuatu analisis ….. kemahiran ini adalah kerap kami gunakan untuk mendapat implikasi (dapatan kajian) yang baik. Kemahiran ini adalah langkah yang sangat berguna untuk memastikan pengumpulan data adalah sah untuk dijelaskan. Kemahiran tersebut akan memudahkan deduksi dibuat. Saya juga telah membuat perubahan dari percakapan secara tidak formal dan tanggapan kepada rakaman dan memastikan dapatan data adalah berguna dan pantas dalam kajian’. (Alison, 2004)

Terdapat pelbagai cara mengumpulkan data seperti :

1. Soal selidik

2. Temubual

3. Pengamatan

4. Fokus kumpulan

5. Rakaman video

6. Rakaman audio

7. Teknik pengambilan nota

8. Rakaman pelajar

9. Kerja dari buku kanak2

10. Dokumen sekolah


Pengumulan data (Alison)

  1. Pengamatan
  2. Temubual
  3. Soal selidik



1) Pengamatan


  • Ia tidak semudah soalan melhat sesuatu tanpa melihat kepada fakta. Pengamatan melibatkan kombinasi yang kompleks iaitu melibatkan ‘Sensation’ (sight tinjauan, sound bunyi, touch sentuhan, smell bau & even teste apa sahaja rasa yang berkaitan) & tanggapan (Gray, 2004: 238)


  • Ia lebih dari melihat. Ia merangkumi kaedah sistametik dalam tindakan, rakaman kepada tindakan ini dan apa yang penting adalah analisis dan penjelasan dengan apa yang telah dilihat (Gray, 2004) Tanpa sumber ini, bias pada data boleh wujud bila pengkaji hanya ingin melihat apa yang hendak dikaji melalui pengamatan sahaja. Hal ini kerana pengamatan tanpa bukti adalah bersifat subjektif dan boleh dipengaruhi oleh emosi pengkaji semasa kajian dilakukan.

i. Buku harian, jurnal dan nota kaki


Buku harian kajian (termasuk jurnal & nota kaki) juga boleh menjadi rakaman yang berguna ketika proses pengamatan dilakukan.

Ia berguna kepada beberapa tahap seperti

- Pengamatan secara mentah (semulajadi), persekitaran, tarikh, masa dsb.

- Refleksi & ingatan semula yang mana sebarang maklumat/idea yang datang tidak kira masa boleh direkod secara terus.

- Tema & pemahaman - rakaman cepat dalam analisis & penjelasan

- Data ujian


ii. sumber dokumen

kebnyakan projek pendidikan turut memasukan analisis daripada bukti dokumen (Bell,1999:106). Cth, rekod pelajar, buku kerja pelajar dan dokumen sekolah seperti minit mesyuarat, polisi sekolah, prospek dan rekod kedatangan.


2) Soal Selidik


  • Menurut Bell (1999:118), ‘adalah sukar untuk menghasilkan soal selidik yang betul2 berguna dalam kajian yang ingin dilakukan. Adakah soalan yang dibina benar2 dapat membantu kajian yang ingin dijalankan. Oleh itu, pengkaji harus betul2 berfikir kandungan soalan yang perlu ada dalam soalselidik.’
  • Terdapat beberapa point yang umum dalam menghasilkan soal selidik seperti;

· Adakah soalan jelas

· Adakah soalan singkat

· Elakkan dari penggunaan istilah yang sukar dan singkatan perkataan

· Elakkan pemilihan soalan yang kerah jawapan yang memimpin

· Bahasa yang digunakan bersesuaian

· Adakah bahasa yang digunakan adalah selaras dan sesuai untuk semua bangsa, kaum, agama dll.

· Berapa banyak soalan yang mengingat fakta (recall)


3) Temubual

  • Adalah lebih fleksibel berbanding soal selidik. Ketika temubual, pengkaji dapat menjana idea dan soalan yang berkaitan dengan jawapan yang diberi. Perkembangkan lebih banyak soalan dan jawapan. Temubual adalah secara berstruktur dan tidak berstruktur.

  • Soalan boleh berbentuk apa yang ingin ditanya ataupun soalan berbentuk senarai kata kunci terhadap maklumat yang ingin dikembangkan.

· Ketika melakukan temubual, terdapat beberapa kaedah asas yang boleh diikuti;

· Secara umumnya, pastikan tempat temubual dijalankan adalah senyap dan selesa.

· Uji peralatan rakaman sebelum temubual dijalankan.

· Jelaskan tujuan temubual dan orang yang ditemubual selesa.

· Tahu apa yang ingin ditanya (berstruktuktur)

· Untuk mengelakkan bias, elakkan soalan berbentuk terpimpin.

Thursday, December 17, 2009

Tugasan Kelas 18/12/2009

Tugasan 1

  1. Bentang buku (beberapa individu yang dipanggil secara rawak)
  2. Fokuskan bagaimana data dari pelbagai sumber dan teknik dianalisis.
  3. laporkan dalam blog masing-masing.


Tugasan 2
  1. Bentang beberapa jurnal (beberapa individu akan dipanggil)
  2. Fokus kepada bagaimana data dari pelbagai sumber dan teknik dianalisis
  3. laporkan dalam blog masing2


Tugasan 3
  1. Bentang (berapa individu akan dipanggil)
  2. Fokuskan kepada bagaimana data dari pelbagai sumber dianalisis
  3. Apakah kekuatan dan kelemahan?
  4. Cadangkan penambahbaikan
  5. laporkan dalam blog masing-masing

Sunday, December 6, 2009

Aktiviti 13 : Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/ kaedah mengajar / pentaksiran pembelajarn

a) Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah

b) http://tip.psycholo gy.org/theories. html

c) Bina kerangka teoritikal, konseptual, operasional kajian

d) Mesti selaras dengan penyataan masalah dan tujuan/objektif /soalan kajian

e) 2 kumpulan bentang

Berdasarkan Mini Kajian Tindakan kami iaitu Intergrasi Permainan Dadu Ajaib bersama Soalan Interaktif bagi Subjek Perdagangan, teori/ strategi/ kaedah yang selaras dengan tujuan/objektif kajian adalah;


TEORI-TEORI PEMBELAJARAN YANG DIGUNAKAN DI DALAM MINI KAJIAN TINDAKAN

Teori yang digunakan adalah berlandaskan kepada konsep perbincangan, kaedah penggunaan ICT dalam proses P&P serta konsep ganjaran dan dendaan.


Konsep Perbincangan & Aktiviti P&P 2 hala melibatkan teori-teori seperti;

Pendekatan yang dibina mengambil kira teori pembelajaran untuk memastikan pembinaan dibuat dengan terancang dan bermatlamat. Teori-teori tersebut ialah Teori Behaviourisme, Teori Konstruktivisme, Teori Kognitif dan Teori Kontekstual.

Penerangan mengenai teori-teori pembelajaran yang dinyatakan akan menyentuh aspek bagaimana ia diguna pakai dalam kajian kami


i. Teori Konstruktivisme

  • Teori Konstruktivisme ditakrifkan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu maksud daripada apa yang mereka pelajari. Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan idea yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman. Ini menyebabkan seseorang itu mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih dinamik.
  • John Dewey menerangkan teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Dengan kaedah yang kami lakukan akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata pelajar. Di mana guru dapat mengubah persepsi pelajar mengenai sesuatu subjek menjadi tidak membosankan dengan meningkatkan lagikeyakinan dan penglibatan mereka di dalam kelas.

Pendekatan Konstruktivisme mempunyai beberapa konsep umum seperti;

  • Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman sedia ada.
  • Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka.
  • Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.
  • Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada.
  • Ketidakseimbangan merupakan faktor motivasi pembelajaran yang utama. Ia berlaku apabila seorang pelajar menyedari idea-ideanya tidak konsisten atau secocok dengan penerangan saintifik.
  • Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar. Maka, penggunaan video & kaedah lawatan merupakan salah satu medium pengajaran dalam kajian tindakan kami.

a) Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky

  • Secara umumnya teori ini sesuai kepada semua peringkat umur dan menekankan kepada perkembangan individu. Vygotsky juga mencadangkan penemuan secara terbimbing dalam bilik darjah dengan bantuan guru. Maka amat sesuai dengan kajian yang kami jalankan, tambahan lagi dengan konsep Scaffolding yang disediakan oleh guru untuk membantu pelajar memperkembangkan kemahiran kognitif mereka. Selain itu juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan yang diberikan.

contoh scaffolding:

  • Guru menyediakan soalan interaktif yang berbentuk aneka pilihan disertakan juga dengan audio bunyi dan visual agar dapat membantu pelajar memberi jawapan dan menarik minat pelajar untuk berani menjawab dan tidak takut salah.

b) Teori Pembelajaran Kognitif

  • Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.
  • Dengan kaedah ini dapat menekankan interaksi antara tingkah laku, faktor persekitaran dan faktor peribadi pelajar, dan ganjaran serta hukuman menyebabkan pelajar membentuk jangkaan dan harapan ke atas konsekuan daripada tingkah laku sebelum ini .
  • Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitivisme bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan.


c) Teori Pembelajaran Kontekstual

  • Pembelajaran hanya akan berlaku jika pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru yang dapat dikaitkan dengan persekitaran mereka. Pelajar akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika persekitaran memberi makna dalam pembelajaran yang sedang berjalan.
  • kami akan memasukkan unsur-unsur persekitaran dalam soalan perisian interaktif supaya pelajar dapat menghubungkan pembelajaran mereka dengan persekitaran/aplikasi. soalan ini menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual. Ini bermaksud, pelajar akan didedahkan dengan soalan interaktif berdasarkan pengamatan mereka terhadap aktiviti perdagangan dan jual beli. Berdasarkan konsep asas, mereka akan membina pengetahuan untuk menyelesaikan soalan yang diberi

Kaedah Penggunaan ICT dalam Proses P&P melibatkan teori;

ii. Teori Andragogi


Soalan interaktif dibina untuk diguna pakai oleh pelajar secara kumpulan. Soalan ini bertujuan untuk memberikan satu alternatif kepada guru-guru untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran menggunakan aplikasi komputer.Maka, Soalan interaktif menggunakan teknik hyperlink merupakan salah satu kaedah penggunaan ict dalam proses P&P. Kaedah ini merupakan kaedah/pendekatan baru memberi latihan kepada pelajar menggantikan kaedah lama iaitu menjawab soalan dari buku teks atau buku latihan.


Teori Andragogi dipelopori oleh Malcolm Shepherd Knowles (1913-1997).

  • Teori ini mengatakan bahawa golongan orang dewasa ialah terarah kendiri dan mereka bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan keputusan yang mereka buat.
  • Objektif setiap perisian dinyatakan dengan jelas.
  • Setiap kemahiran yang cuba diterap merupakan aktiviti 'hands-on'.
  • Aktiviti di dalam perisian ini tidak berbentuk hafalan malah lebih kepada mengaitkan hubungan sebenar persekitaran dengan hasil yang diperolehi melalui aktiviti yang dijalankan. dengan itu kami turut mengaitkan dunia realiti dalam penyedian soalan interaktif kami. maka penggunaan video adalah merupakan salah satu indikator tambahan dalam kajian ini selain daripada aktiviti lawatan.

Konsep Ganjaran & Dendaan melibatkan teori;

iii. Teori Behaviourisme

  • Teori behaviourisme menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan dilakukan secara berulang dan menjadi kebiasaan. Teori ini berfokus kepada kehendak diri sendiri dan tingkah laku yang disengajakan. Tingkah laku yang berulang itu dapat dikekalkan dengan peneguhan.
  • Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskanbahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dalam kajian ini mat bertepatan dengan Mazhab yang diperkenalkan oleh Skinner: ABC's

a) Teori Pelaziman Operan Skinner.



Skinner: ABC's (Antecedents-Behavior-Consequences) (Rangsangan-T/laku-Peneguhan / Dendaan)

Teori ini menghuraikan berkaitan konsep ganjaran dan dendaan sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan motivasi pelajar terhadap aktiviti p&p yang dijalankan. Skinner menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda seperti membersihkan kelas, pulang lewat dan homework tambahan. dendaan ini akan memberi motivasi dan kesedaran kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.


Maka, dalam kajian kami, penggunaan dadu adalah medium dalam memberikan ganjaran dan dendaan kepada pelajar.

  • Ganjaran - Pelajar akan mendapat markah kumpulan berdasarkan balingan dadu apabila berjaya menjawab soalan interaktif dengan tepat. Markah kumpulan tertinggi selepas tamat permainan akan diberi pujian dan hadiah.
  • Dendaan - Markah Pelajar akan dipotong mengikut nombor balingan dadu yang dibuat apabila gagal menjawab soalan dengan tepat. Markah kumpulan terendah pula akan dikenakan denda iaitu membersihkan kelas.

Maka, ini dapat meningkatkan motivasi pelajar. Mereka akan mengadakan perbincangan dan ulangkaji tambahan untuk meningktakan pemahaman terhadap apa yang telah diajar oleh guru. persedian yang rapi akan dibuat setiap kali sebelum permainan intraktif ini dijalankan. cara ini sekaligus mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan pelajar.



Kerangka Teori



Menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan sebagai panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.

  • Membuat Tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang dikaji.
  • Memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.
  • Membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan.
  • Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.
  • Penyelidik harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan menjadi panduan dalam proses penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep, definisi pemboleh ubah, soalan-soalan khusus yang hendak diselidik, memilih responden kajian, prosedur pemilihan, strategi pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian.
  • Memberi perhatian ialah semua aspek kajian akan mendapat kesan daripada kerangka teoritikal yang telah dibentuk tadi dengan menepati ciri kerangka teoritikal yang baik :
  • Membantu penyelidik mengenal pasti topik yang hendak dikaji.
  • Panduan mencari kajian-kajian lepas.-Memilih aspek yang difokus.
  • Merapatkan jurang di antara maklumat yang diketahui dan tidak diketahui.
  • Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai. Kajian lepas Bagi mengenal pasti dan mengesahkan kerangka teoritikal, membuat tinjauan terhadap hasil kajian lepas dapat memberi penjelasan terhadap bidang kajian dan asas data kajian mengenai seseorang yang telah melaksanakan kajian, mengumpul dan menganalisis data.
  • Soalan-soalan yang ditimbulkan akan menjurus kepada hasil kajian yang berkait dengan fenomena kajian yang sedang dilakukan. Kajian-kajian dahulu boleh dianalisis, dikritik dan diulas supaya ruang lingkup kajian berkenaan lebih menarik. Literatur mengandungi tiga bahagian iaitu pengenalan, isi mengenai kajian-kajian lepas dan kesimpulan.

Kerangka Teori bagi Mini Kajian Tindakan



Modul yang digunakan untuk membina soalan interaktif bagi kajian adalah berdasarkan model pengajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme yang dicadangkan oleh Scott, Dyson dan Gater (1987)

Model pengajaran ini terdiri daripada lima fasa iaitu;

  1. Fasa orientasi bertujuan menarik minat pelajar tentang sesuatu topik supaya pelajar bersemangat dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran
  2. Fasa pencetusan idea bertujuan mengenalpasti pengetahuan, idea dan konsep yang sedia ada pada pelajar,
  3. Fasa penstrukturan semula idea melibatkan pelajar mengambil kira pelbagai idea yang timbul dan dibimbing untuk membentuk konsep atau pandangan yang dapat diterima oleh teori.
  4. Fasa aplikasi idea memberi peluang pada pelajar untuk menggunakan idea mereka dalam situasi berbeza
  5. Fasa semak perubahan meminta pelajar memikirkan semula bagaimana idea asal mereka dan sejauh mana ia telah berubah.


Kerangka Konseptual



Merupakan satu teori yang turut bersandarkan kepada sesuatu teori lain. Kerangka konseptual ini juga dibentuk berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan sama ada sama atau hampir sama. Ini Kerana hakikat kerangka konseptual adalah ”hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah lain”, ia diperjelaskan dengan ;

  • Mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah bebas dan pembolehubah terikatnya. Hubungan ini harus memperoleh maklumat secara ilmiah. Ia dikutip dari sumber-sumber ilmiah yang ada, seperti teori-teori dari buku teks, kesimpulan dapatan pengkaji lain melaui jurnal, skripsi, tesis, atau pendapat dan pemikiran pakar/ahli (expert judgement).
  • Penelitian komparatif iaitu penelitian yang membandingkan suatu objek dengan objek lain, maka kerangka konseptual dapat disusun seperti berikut:

Menjelaskan bagaimana perbezaaan suatu objek dengan objek lain. Perbezaan ini harus berlandaskan sumber rujukan ilmiah.

Ia diakhiri dengan menggambarkan bentuk penelitian komparatif yang boleh diadaptasi dari bentuk penelitian kajian.

Maka, dalam kajian kami, Kerangka konseptual yang utama adalah pendekatan Teori pembelajaran konstruktivisme. Ia turut diperkukuhkan/dibantu dengan penggunaan teori Andragogi (penggunaan ICT dalam proses p&p) serta Teori Pelaziman Operan Skinner (Konsep Ganjaran & Dendaan)



Operasional kajian


  • Definisi operasional merupakan bahagian yang mendefinisikan sebuah konsep/pembolehubah agar boleh diukur, dengan cara melihat pada dimensi (indikator) dari suatu konsep/pembolehubah .
  • Dimensi (indikator) dapat dilihat melalui perilaku, aspek, atau sifat/karakteristik. Maka, definisi operasional lebih menekankan kepada hal-hal yang dapat dijadikan sebagai ukuran/indikator dari suatu pembolehubah, dan ukuran/indikator tersebut tidak abstrak, namun mudah diukur atau dinilai.
  • Hal-hal yang perlu dikemukakan dalam definisi operasional adalah definisi yang jelas dari pembolehubah, yang di dalam definisi tersebut. Terdapat ukuran/indikator yang biasa menjadi pedoman untuk mengukur atau menilai variabel. Tanpa indikator, maka sesuatu yang didefinisikan bukanlah definisi operasional, tetapi hanya sekedar definisi umum dari pembolehubah.