Berdasarkan 3 jurnal
a) Apa penyataan masalah dalam kajian?
b) Bagaimana mereka melapor penyataan masalah
c) Bincang , bentang 2 kumpulan dan lapor dalam blog
Jurnal 1 - Online Colloboration : Supporting Novice Teachers as Reseachers
(Barbara H. Davis & Virginia K. Resta)
Penyataan masalah kajian ;
Bagaimana kerjasama secara maya dengan cara penggunaan email dapat membantu guru novis menyumbang kajian mereka untuk tahun-tahun seterusnya mereka mengajar
Bagaimana Penulis melapor penyataan masalah ;
pengkaji menggunakan email untuk berhubung dengan guru-guru novis terbabit untuk mendapatkan maklumat hasil kajian yang dilakukan oleh guru-guru terbabit di sekolah masimg-masing. hasil pengamatan tersebut akan dikumpul dan ia dikongsi bersama guru novis lain. maka dalam kajian ini, pengkaji ingin menonjolkan sejauhmana kerjasama dan perkongsian maklumat secara maya ini mampu membantu guru novis mempelbagaikan kaedah P&P mereka.
Jurnal 2 - Exploring portfolios in the Elementry with students with disabilities/exceptionalities: Timely or Time-consuming.
(S. Antohny Thompson & Lynsey Baumgartner)
Penyataan masalah kajian ;
Bagaimana dan sejauhmanakah penggunaan kaedah portfolio bagi pelajar berkeperluan khas dapat membantu mereka untuk meningkatkan keyakinan diri, kemahiran metakognatif , pencapaian kendiri dan kemahiran membuat keputusan.
Bagaimana Penulis melapor penyataan masalah ;
Masalah asas yang diutarakan oleh pengkaji adalah yang mana pelajar berkeperluan khas di kawasan kajian kurang cemerlang dari segi akademik dan mempunyai masalah tingkah laku yang sukar dikawal oleh guru di dalam kelas. Oleh hal demikian, dalam melaporkan penyertaan masalah tersebut, pengkaji memperkenalkan penggunaan kaedah portfolio dalam meningkatkan sifat kendiri pelajar serta mewujudkan tingkah laku yang positif.
Jurnal 3 - Teachers' In Flight Thinking in Inlusive Classroom
( David Paterson)
Penyataan masalah kajian ;
Pelajar di kelas-kelas pencapaian rendah & sederhana mempunyai masalah dalam pemahaman dan penerimaan pengajaran guru di dalam kelas. Maka, guru berusaha mencari apakah kaedah terbaik dalam memperbaiki pengajaran guru di dalam kelas untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik para pelajar ini. Oleh itu kajian ini cuba menghuraikan apakah itu kaedah in-flight thinking di kalangan guru untuk menyesuaikan pengajaran mereka bagi pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah.
Bagaimana Penulis melapor penyataan masalah ;
kajian ini cuba mengupas ciri sebenar in flight thinking yang perlu ada dikalangan guru. dalam melapor penyertaan masalah tersebut, pengkaji telah mendapatkan beberapa orang guru dan mengumpul serta menganalisis pengalaman, kaedah & teknik mereka gunakan dalam mengajar. hasil kajian tersebut, pengkaji berharap dapat menemui erti /ciri sebenar yang perlu ada dalam in flight thinking.
0 comments:
Post a Comment