BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 1, 2009

ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

Tajuk : Supporting Learning Professionally - Doing Action Research For School Support Staf
Penulis : Claire Taylor, Min Wilkie &
Jaudith Basir


Apa Itu Kajian Tindakan

ž Pakar dalam kajian pendidikan menganggap kajian adalah merupakan sebahagian daripada rutin seharian di sekolah.

ž Sumber/maklumat berkaitan kajian tindakan diperolehi melalui internet sebagai rujukan asas untuk memulakan kajian di dalam kelas serta untuk mendapatkan data.

Definasi Kajian Tindakan

ž Kajian melibatkan pengamatan keatas pelajar untuk melihat sikap & tingkah laku pelajar didalam kelas. Pengamatan ini kemudian akan dianalisis dan ini mewujudkan kajian tindakan di sekolah.

ž ini memperlihatkan peranan guru sebagai pendidik, pengajar serta pengkaji di sekolah.

ž Umumnya, kajian menggunakan maklumat yang diperolehi seharian. Maklumat tersebut dikategorikan, penggunaan cara sistematik yang mana ia bertujuan pembangunan teori baru berkaitan permasalahan P&P seharian.

Literature Review

ž Menurut Cohen etl. (2000), Kajian tindakan adalah indikator yang penting dalam membawa perubahan dan mewujudkan penambahbaikan.

ž Oleh itu, guru berperanan penting sebagai agen perubahan di sekolah (Gray;2004) . Maka guru berperanan menjadi pendidik, pengajar dan pengkaji di sekolah.

ž Dapatan kajian adalah berfokus setempat iaitu dimana kajian tersebut dijalankan. Maka, kesimpulan secara umum adalah kurang tepat. ( Cohen etl;2000)

ž Kajian Tindakan adalah penggunaan cara yang teratur dan sistametik dalam mengumpul, membentang dan menganalisis data. melalui kaedah ini akan membentuk teori baru dan langkah penyelesaian yang lebih praktikal. (Barlett et.al 2001)

Sebab Kajian Tindakan Dijalankan

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

ž Kajian yang dilakukan akan meningkatkan lebih pemahaman berkaitan suasana dan isu yang biasa wujud di sekolah. Ini sekaligus akan menghasilkan matlamat dan misi baru dalam pembangunan pendidikan.

ž Seterusnya ia akan meningkatkan kualiti P&P di sekolah

ž Setiap peristiwa dan isu yang berbangkit berkaitan P&P di dalam kelas dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan

Menghasilkan Teori Baru

ž Rangka kerja kajian yang dihasilkan adalah lebih tersusun dan sistematik.

ž Maka, ini memudahkan pembentukan teori baru yang selaras dengan suasana P&P di dalam kelas

ž Memudahkan pembangunan/kemajuan melalui pemikiran yang terlatih.

ž Dasar pendidikan dan pembangunan pendidikan adalah berlandaskan kajian tindakan sebenar yang dilakukan oleh golongan yang benar-benar berada dalam dunia pendidikan dan berurusan dengan suasana P&P sebenar di dalam kelas.

Kajian Tindakan Dilakukan Apabila

ž Ingin mengubah kaedah P&P di dalam kelas.

ž Galakan penerapan nilai murni keatas pelajar dengan tujuan perubahan tingkah laku & sikap pelajar.

ž Memantapkan pengurusan pentadbiran di sekolah.

Pendekatan dalam pengkajian

Pemerhatian

ž Cabang ilmu falsafah yang menngaggap ilmu pengetahuan semata-mata berdasarkan pengalaman dan ilmu/kepercayaan yang pasti.

Pentafsiran

ž golongan ilmuan yang menolak kepercayaan bahawa dunia ini diterjemahkan oleh sesiapa yang berhubung denganya.

MODEL REKA BENTUK KAJIAN

melibatkan

  • perancangan
  • tindakan
  • pemerhatian
  • penilaian hasil kajian


John Creswell (2002) menyatakan bahawa kajian tindakan adalah dinamik, proses yang fleksibel yang melibatkan langkah-langkah pengenalpastian reka bentuk kajian tindakan yang terbaik, mengenalpasti masalah, lokasi sumber yang penting dan berkaitan, mengenalpasti maklumat yang diperlukan, perlaksanaan dan menganalisis data, merancang tindakan serta menjalankan refleksi untuk mengetahui samada ianya memberikan perbezaan ataupun tidak.

Prosedur/Proses dalam Kajian

ž Mengenalpasti kawasan penyelidikan yang memerlikan perubahan.

ž Mencari tindakan untuk perubahan

ž Menilai kesan penyelidikan keatas perubahan

ž Merancang kembali/memperbaiki perubahan

ž Pengulangan

ž Usaha yang berterusan melalui refleksi dan latihan

Teknik-Teknik dalam Kajian

Perancangan

ž Melibatkan kawasan, kesan perancangan, sebab & akibat, kesesuaian kajian dijalankan (fokus kajian)

ž Memastikan perkara yang ingin dilakukan perubahan, mampu melakukan perubahan tersebut dan sentiasa berfikiran positif (bermotivasi) untuk melakukan perubahan terbabit.

ž Mendapatkan sumber-sumber dan peserta kajian yang sesuai.

ž Memikirkan idea yang releven sebagai langkah penyelesaian.

Senarai semak dalam memilih fokus utama untuk kajian tindakan

a) Apa yang dilihat sebagai satu masalah?

b) Apa bukti yang boleh diperolehi untuk membuktikan masalah tersebut.

c) Apakah kaedah penyelesaian yang terbaik?

d) Bagaimana untuk melakukannya?

e) Bagaimana kesan dapat dinilai?

f) Apakah tindakan sewajarnya?

Pemerhatian & refleksi

Melibatkan beberapa step iaitu;

1. Perolehan data

ž Melalui pengamatan, temubual, rakaman video dan analisis dokumen.

ž Alat yang sesuai untuk pengumpulan data haruslah berasaskan kepada tujuan kajian.

2. Cadangan kertas kajian/proposal.

ž Melibatkan jadual dan masa kajian ingin dijalankan.

ž Kandungan kajian seperti peserta kajian dan peranan pengkaji.

ž Menyatakan sebab rasional memilih tajuk yang ingin dikaji.

ž Literature Review iaitu melibatkan sumber kajian lain yang sesuai dengan tajuk kajian tersebut.

ž Usul, metodologi, amalan & etika perlu diambil kira.

ž Pandangan terhadap kemungkinan dapatan

3. Pemerhatian dan analisis untuk melihat kesan/implikasi kajian.

4. Tindak balas

ž Penambahbaikan dan cadangan yang sesuai.

5. Penilaian

ž Menilai hasil dapatan kajian terhadap perubahan tingkah laku dan penerapan nilai murni.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

1.Terdapat 2 jenis teknik untuk mengumpulkan data iaitu:

ž * Data Kualitatif

ž * Data kuantitatif

2. Data kualitatif lebih bersesuaian dilakukan dalam kajian tindakan .

PENGUMPULAN DATA

ž Pemerhatian – berstruktur/tidak berstruktur.

ž Jurnal, Artikel & nota kaki.

ž Sumber Dokumentari

ž Soal selidik

ž Temubual

ž Peralatan audio-visual

PENGANALISISAN DATA

Terdapat 4 cara asas dalam menganalisis data iaitu;

ž Menamakan

ž Mengkatogorikan

ž Menganalis Hubungan

ž Mempersembahkan

Penulisan Ilmiah

ž Melibatkan tesis, jurnal atau artikel yang dihasilkan berdasarkan kajian tindakan yang dilakukan

ž Melibatkan penulisan report, kaedah penulisan, kesahihan & ketekalan kajian.

Faedah Dari Kajian Tindakan

ž Mencapai tahap ‘The Viva’

ž Mempengaruhi perubahan dan pembangunan yang berterusan.

ž Pembangunan profesional pekerja sokongan

ž Bekerja dalam satu kumpulan (risiko, matlamat & kejayaan dikongsi bersama)

ž Bekerja bersama golongan profesional lain.

0 comments: