BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 15, 2009

Aktiviti 5 : Tugasan 1 & Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

MENGAPA guru (pelatih/novis/berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan???

1. Untuk meningkatkan kualiti tentang sesuatu pengajaran yang dilakukan di sekolah yang mana boleh meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran.

2. Untuk membantu guru menangani cabaran dan masalah yang timbul di sekolah dengan pelbagai cara dan kaedah supaya segala permasalahan yang timbul dapat diatasi.

3. Untuk menggalakkan guru meluaskan ilmu pengetahuan supaya tidak hanya bergantung kepada ilmu yang sedia ada sahaja serta memupuk semangat untuk berkongsi ilmu dengan orang lain seperti guru-guru, pelajar dan masyarakat serta dapat meningkatkan tahap competency seorang guru.

4. Untuk mendapatkan idea-idea dan strategi-strategi baru dalam pengajaran bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.


Kami memilih tajuk " Integrasi Permainan Dadu Ajaib Bersama Soalan Interaktif bagi Subjek Perdagangan" kerana dengan gabungan dua idea diharapkan pelajar dapat meningkatkan kefahaman dan menggalakkan pembelajaran dua hala dalam proses P & P di sekolah. Ianya tidak membosankan pelajar kerana ia lebih bersifat permainan yang mana lebih diminati oleh pelajar. Malah melalui soalan interaktif, kami menggalakkan murid-murid yang memilih dan menekan sendiri butang jawapan untuk soalan dikemukakan. dengan cara ini murid akan merasa lebih yakin atas jawapan yang dipilih hasil dari perbincangan bersama kumpulan. konsep ganjaran & dendaan dikenakan untuk memastikan pelajar benar2 serius memilih jawapan yang tepat.

(ulasan bersama ahli kumpulan)

0 comments: