BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 8, 2009

Tugasan 1 : Perbincangan Ulasan Buku.


Tajuk Buku :

1. Supporting learning professionally, doing action research.

2. Teachers investigate their work – An introduction to action research across the professions.

Apa Itu Kajian Tindakan ????

Pakar dalam kajian pendidikan menganggap kajian adalah merupakan sebahagian daripada rutin seharian di sekolah.

Sumber/maklumat berkaitan kajian tindakan diperolehi melalui internet sebagai rujukan asas untuk memulakan kajian di dalam kelas serta untuk mendapatkan data.

Menurut Cohen etl. (2000), Kajian tindakan adalah indikator yang penting dalam membawa perubahan dan mewujudkan penambahbaikan.

Oleh itu guru berperanan penting sebagai agen perubahan di sekolah (Gray;2004) . Maka guru berperanan menjadi pendidik, pengajar dan pengkaji di sekolah.

Dapatan kajian adalah berfokus setempat iaitu dimana kajian tersebut dijalankan.maka, kesimpulan secara umum adalah kurang tepat. ( Cohen etl;2000)

Kajian Tindakan adalah penggunaan cara yang teratur dan sistametik dalam mengumpul, membentang dan menganalisis data. melalui kaedah ini akan membentuk teori baru dan langkah penyelesaian yang lebih praktikal. (Barlett et.al 2001)


Perbincangan kefahaman berkaitan Kajian Tindakan

Kajian melibatkan pengamatan keatas pelajar untuk melihat sikap & tingkah laku pelajar didalam kelas. Pengamatan ini kemudian akan dianalisis dan ini mewujudkan kajian tindakan di sekolah.

Satu cara yang digunakan oleh guru & ahli professional bagi penambahbaikan dalam profesion mereka sebagai seorang guru untuk menjana pengetahuan tentang aplikasi pengajaran.

Ini memperlihatkan peranan guru sebagai pendidik, pengajar serta pengkaji di sekolah.

Umumnya, kajian menggunakan maklumat yang diperolehi seharian. Maklumat tersebut dikategorikan, penggunaan cara sistematik yang mana ia bertujuan pembangunan teori baru berkaitan permasalahan P&P seharian. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan professional seperti pembentangan seminar atau sebagai bahan untuk melanjutkan pelajaran.




ahli kumpulan :
Nazratul Hanim (P52058)
Sahirah (P52044)
Siti Amirah (P52048)

0 comments: