BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 8, 2009

TUGASAN KELAS : MODEL & REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkankualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ianya melibatkan 4 proses yang utama iaitu mereflek, merancang, melaksana dan memerhati.



Huaraian dari rajah diatas memperlihatkan proses-proses dalam merekabentuk kajian tindakan iaitu ;

Proses

Tindakan

Proses 1

Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.

Proses 2

Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti.

Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.

Proses 3

Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan )

Proses 4

Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan. ( contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru )

Proses 5

Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Proses 6

Bertindak ( melaksanakan rancangan )

Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

Proses 7

Memerhati ( mengumpul bukti )

Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.

· Pemerhatian boleh dilakukan secara guru memerhati pelajar semasa P & P atau rakan sejawat memerhati guru mengajar.

· Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan perbualan/hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas.

· Soalselidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan yang mengkehendaki maklumat secara tepat.

· Ujian/latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar.

· Dokumen adalah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh, sukatan pelajaran, buku kedatangan, rekod salahlaku, keputusan peperiksaan dan sebagainya.

Proses 8

Mereflek ( analisa dan refleksi )

· Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian.

· Data/maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai.

· Cara analisis data ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu perbincangan, perbengkelan dan lain-lain. ( difikirkan sesuai yang memenuhi piawai analisis )

Sumber : Jemaah Nazir Sekolah, KPM

Pelaksanaan sesuatu kajian yang sistematik dan membolehkan pencapaian matlamat adalah berdasarkan Reka Bentuk Kajian Tindakan yang meliputi empat langkah penting :

  • MEREFLEKSI
  • MERANCANG
  • MELAKSANAKAN STRATEGI
  • MEMANTAU UNTUK MEMBUAT PENILAIAN
Kitaran ini mungkin akan berterusan dan akan wujud selagi mana permasalahan yang dikaji masih tidak dapat diatasi atau belum mencapai keputusan yang dikehendaki.

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)



Proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

Kajian Tindakan (Stringer, 1999)




Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan. Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.


0 comments: