BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 8, 2009

TUGASAN KELAS : KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian Tindakan????

Menurut Kemmis dan Mctaggart (1998), kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri seperti guru dan pendidik sebagai penyelidik melalui tindakan praktik mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

McNiff (1988) pula menyatakan kajian tindakan adalah sebagai suatu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui pembaharuan dan penambahbaikan dengan menggalakkan guru-guru melakukan refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Pandangan Jean McNiff kajian tindakan bertujuan untuk:
1. meningkatkan kemahiran penyelidik tentang sesuatu perkara
2. membina teori baru dalam proses penambahbaikan
3. menguji kesahihan bagi memastikan sama ada penambahbaikan telah dilakukan atau tidak

Kajian tindakan merupakan kajian yang dilakukan dari perspektif orang dalam (insider perspective) di mana penyelidik itu sendiri terlibat sebagai bahan kajian dalam kajian yang hendak dilaksanakannya. Ini bermaksud, penyelidik melihat kebolehan dirinya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pelbagai persoalan timbul tentang diri sendiri:
1.Adakah apa yang saya lakukan ini adalah betul?
2.Sejauh manakah kefahaman saya tentang sesuatu perkara, supaya saya dapat bertanggungjawab atas tindakan yang saya lakukan?

Dari perspektif pendidikan, lazimnya kajian dibuat lebih menjurus ke arah menambahbaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang sesuatu perkara yang dipelajarinya.

Sejarah Ringkas berkaitan kajian Tindakan

Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti dan mengutamakan tiga idea Kajian Tindakan yang penting iaitu:

‘Action research is a three-step spiral process of (1) planning which includes reconnaissance; (2) taking action and ; (3) fact-finding about the result of the action’-Kurt Lewin (1947)

Terdapat dua prinsip kajian tindakan yang dinyatakan oleh Abdul Ghalib b. Yunus (2007) dapat menyokong asas kajian tindakan yang telah diperkenalkan oleh Kurt Lewin. Prinsip tersebut adalah;
I. Sebagai kegiatan kitaran / gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah (a spiral of steps)
II. Dijalankan secara individu atau kolaboratif oleh satu kumpulan guru yang berusaha bersama-sama untuk membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja mereka.

Kemudiannya pada tahun 1953, Idea Lewin telah diperkembang oleh Stephen Corey di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah.
‘Action research is a process by which practitioner attempt to study their problem scientifically in order to guide, correct and evaluate their decisions and action’- Stephen Corey (1953)

Sebagai kesimpulannya, definisi kajian tindakan boleh dinyatakan sepertimana yang penyataan yang dikeluarkan oleh North Central Regional Educational Laboratory. Ianya merupakan satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Penyertaan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan perubahan dalam cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan. (Hanipah Hussin : 2001)

0 comments: