BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 22, 2009

Aktiviti 8 : Tugasan 4 - Cadangan Atasi Kelemahan

i. Individu:


Pada pandangan saya adalah elok aktiviti ini ditekankan untuk topik-topik yang memerlukan kefahaman dan daya ingatan yang tinggi. Soalan juga boleh disertakan soalan peperiksaan tahun-tahun lalu. Guru juga perlu menghadkan masa untuk pelajar menjawab bagi mengelakkan kesuntukan waktu.


Selain daripada itu, saya mencadangkan agar penggunaan video turut digunakan sebelum permainan interaktif dijalankan. hal ini kerana, melalui penggunaan video, pelajar dapat melihat sendiri realiti dunia perdagangan, perniagaan dan ekonomi di sekeliling mereka. untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman mereka, aktiviti lawatan ke premis perniagaan boleh dijalankan. aktiviti pembelajaran di luar kelas adalah antara salah satu kelainan proses p&p kerana ia dijalankan di luar kelas.


Maka, melalui penambahan aktiviti iaitu penggunaan video dan lawatan, kaedah permainan dadu ajaib dan soalan interaktif ini lebih menarik pada pelajar. soalan interaktif juga dapat dipelbagaikan yang mana ia lebih bersifat pada aplikasi pemahaman seperti pemberian situasi/masalah perdagangan yang memerlukan pelajar menyelesaikan tersebut. kaedah ini adalah berlandaskan konsep pembelajaran 'problem based learning'. konsep ini dapat menggalakkan pemikiran kretif dikalangan pelajar yang mana mereka akan mempelbagaikan cara mengatasi masalah berlandaskan teori yang tepat.


ii. Pasukan:


Bagi menangani masalah kekangan masa untuk menjalankan aktiviti guru perlu memberitahu pelajar terlebih dahulu agar bersedia untuk belajar dari awal sebelum melakukan aktiviti, kerana mereka perlukan kefahaman dan kemahiran mengingat.

Penglibatan - bagi melibatkan semua pelajar dalam aktiviti ini. Pelajar perlu dikumpulkan dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang, teknik ini dinamakan “number head together” di mana setiap pelajar dalam kumpulan mempunyai nombor masing-masing. Ia boleh melibatkan semua apabila guru akan memilih nombor secara rawak, membolehkan semua pelajar bersedia.


iii. Pasukan lain:


Guru perlu menunjukkan sehingga pelajar faham apa yang perlu dilakukan dan arahan yang diberi perlu jelas. Aktiviti ini juga boleh dijadikan selingan ketika guru melakukan pengajaran bagi mengelakkan pelajar cepat bosan dan boleh menumpukan perhatian terhadap topik yang diajar.


iv. Literature Review


Cadangan ini dikesahkan lagi berdasarkan buku dan jurnal teknik “number head together” selalu digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dikelas.

0 comments: