BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 22, 2009

Aktiviti 7 : Tugasan 4 – Kelemahan Mini Kajian Tindakan


Tajuk mini kajian tindakan kami adalah intergrasi permainan dadu ajaib bersama soalan interaktif bagi subjek perdagangan.

  • Dari segi subjek Perdagangan, kelemahan bagi subjek ini ialah pada kebiasaannya guru tidak menggunakan ABM semasa mengajar. Kebanyakan daripada mereka hanya mengajar secara kuliah sahaja dan menggunakan kaedah teacher- centered berbanding student - centered.
  • Guru juga kurang menekankan kepada istilah-istilah baru yang terdapat dalam topik matapelajaran Perdagangan. Lazimnya matapelajaran ini mempunyai banyak fakta dan istilah yang perlu diingati, tetapi guru tidak mengajar atau menerangkan kepada pelajar bagaimana cara untuk mengingatinya atau menghafalnya.
  • Penggunaan kaedah yang sama dalam proses P & P membuatkan pelajar mudah bosan dan tidak berminat kepada pembelajaran subjek Perdagangan ini. Kaedah yang selalu digunakan ialah 'chalk 7 talk'.
  • Pada kebiasaannya proses P & P yang dijalankan hanyalah di dalam kelas sahaja. Maka pelajar tidak mendapat pendedahan secara menyeluruh tentang fakta-fakta yang terdapat dalam matapelajaran ini.
  • Selain itu, masa yang panjang diperlukan untuk menerangkan sesuatu topik yang diajar. Kebiasaannya guru lebih menfokuskan untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding kefahaman pelajar. Hanya topik-topik yang penting sahaja diberikan penekanan.
Berdasarkan tajuk ini, kelemahan pengajaran subjek perdagangan dari aspek ;

i) Pengalaman/refleksi individu

a) Memerlukan masa yang lama untuk dijalankan

b) Penglibatan pelajar terhad

c) Soalan yang dikemukakan terhad


ii) Pengalaman/refleksi dalam pasukan

Kelemahan permainanan dadu ini ialah memerlukan masa yang lama untuk dijalankan. Ini kerana di sekolah masa bagi sesuatu P&P telah ditetapkan dan kita tidak boleh mengambil masa matapelajaran lain. Selain itu, penglibatan pelajar juga terhad kerana tidak semua pelajar berpeluang menyertai permainan yang dijalankan.Hanya sesetengah pelajar sahaja sempat belajar menggunakan permainan ini kerana kekangan masa. Begitu juga bagi penggunaan soalan interaktif, kebiasaannya soalan dan jawapan yang dikemukan adalah terhad. Soalan yang biasa dikemukakan hanya berbentuk soalan pilihan jawapan yang mana soalan jenis ini tidak boleh mengukur tahap kefahaman pelajar tentang subjek yang diajar.


iii) Pengalaman dari luar pasukan

Berdasarkan temubual yang dijalankan, rata-rata mengatakan kelemahan utama kaedah permainan dadu ajaib dan soalan interaktif ini ialah masa. Masa yang panjang diperlukan untuk aktiviti ini. Kadang-kadang terdapat ramai pelajar yang rasa kecil hati kerana tidak berpeluang untuk bermain permainan ini. Soalan-soalan yang digunakan juga tidak boleh dipelbagaikan. Hanya soalan-soalan berbentuk aneka pilihan dan soalan struktur sahaja yang boleh digunakan. Soalan bentuk esei tidak boleh digunakan kerana permainan ini dijalankan secara cepat dan jawapan yang dikehendaki perlu dikemukakan pada masa yang sama. Selain daripada itu, kelemahan pendekatan penambahbaikan yang kami utarakan dalam mini kajian tindakan kami adalah kemudahan ICT. Mereka menyatakan walaupun kemudahan ICT kini adalah meluas perkhidmatan dan penggunaanya, tetapi masih ada sekolah yang belum memiliki atau memilki kemudahan ini secara terhad. Malah, jika kemudahan ini ada, kemungkinan hanya ditempatkan di makmal computer . ini menimbulkan kesukaran yang mana pelajar perlu bergerak ke makmal setiap kali P&P subjek perdagangan bermula. Maka, situasi ini pasti akan memakan lebih banyak masa yang perlu diperuntukan untuk P&P subjek perdagangan.


iv) Berdasarkan literature review

Banyak literature review yang menyatakan soalan jenis aneka pilihan tidak mampu untuk menguji tahap kefahaman pelajar kerana soalan-soalan ini telah diberikan pilihan jawapan yang mana pelajar boleh memilih sahaja jawapan daripada pilihan yang diberikan.Walaupun pelajar tidak memahami soalan yang diberikan, dia masih boleh menjawab soalan tersebut dengan memilih mana-mana jawapan.

0 comments: