BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 8, 2009

Tugasan 2 : Ulasan Jurnal

JURNAL 1

KERJASAMA SECARA MAYA : MEMBANTU GURU NOVIS SEBAGAI PENGKAJI.

Objektif Kajian
  • Meningkatkan kerjasama dan pengetahuan guru novis melalui perkongsian ilmu secara maya.
  • Mengkaji sejauh mana penggunaan email dapat membantu guru novis memperbaiki dan mewujudkan suasana persekitaran yang menarik dalam kelas.

Penyataan Masalah

Bagaimana kerjasama secara maya dengan cara penggunaan email dapat membantu guru novis menyumbang kajian mereka untuk tahun-tahun seterusnya mereka mengajar.

Metodologi Kajian

Penggunaan email sepanjang 12 minggu kajian. Penulis akan menghantar soalan kepada guru-guru terbabit. Respon akan diberi sekurang-kurangnya 1 kali semnggu. Penulis menghantar soalan kepada guru-guru terbabit melalui email berdasarkan bidang kajian/pengajaran mereka. Soalan-soalan tersebut adalah :
1) apa sedang berlaku/ yang dilakukan dalam P&P di kelas anda
2) Apakah masalah dan cabaran yang dihadapi,
3) Persoalan-persoalan yang timbul
4) Bagaimana penulis boleh membantu dalam kajian anda.

Kajian ini berbentuk kualitatif pada peringkat email tersebut dibalas. Perana penulis adalah mengkod/mengkategorikan setiap respon menjadi kuantitatif (penganalisan data).

Setting Kajian

Berlangsung selama 12 minggu dimana sepanjang tempoh kajian, guru novis dan penyelia berhubung melalui email.

Sampel Kajian

Kajian ini telah dijalankan di Southwest Texas State University, USA yang mana pengkaji sebagai pemantau dan dibantu oleh seorang pembantu penyelidik. Kajian melibatkan 12 orang guru novis yang menjalankan kajian di dalam kelas di sekolah-sekolah di USA.

Pengumpulan & Penganalisisan Data

Kaedah perhubungan secara maya dilakukan sepanjang tempoh guru novis melakukan kajian. Manakala kaedah temubual & kajian pos dilakukan selepas tamat tempoh kajian (melibatkan hanya 9 orang sahaja guru selepas tamat kajian). Penulis berperanan membaca segala email yang diberi, mengkategorikan setiap email/respon yang diberi. Untuk meningkatkan kebolehpercayaan, penulis mengkategorikan setiap analisis dengan bilangan sampel yang terbesar.

Prosedur/ Proses-proses kajian tindakan kepada guru novis :
1) Kajian berdasarkan topik
2) Persoalan-persoalan dalam kajian tindakan dan soalan berkaitan
3) Rumusan aktiviti dalam kelas
4) Mengumpul dan menganalis dapatan kajian seterusnya diterjemahkan dalam bentuk data.
5) Membuat report/ulasan berkaitan kajian
6) Persembahkan kajian dalam majlis formal atau digunakan untuk menyambung pengajian.

Implikasi Kajian

Perhubungan secara maya telah memudahkan guru novis berkongsi maklumat berkaitan kajian mereka.
Dari analisis data, ternyata kerjasama secara maya dapat membantu guru novis memantu aktiviti P&P mereka di dalam kelas.

Daripada analisis data, perkongsian maklumat adalah kekerapan tertinggi yang dipilih oleh guru semasa mereka menghantar respon melalui email. Ini diikuti dengan soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan P&P dalam kelas, komen yang posif, cabaran, refleksi dan permintann berkaitan kajian tindakan di dalam kelas.
Antara kelebihan yang diperolehi dari kajian adalah.
1) Berkongsi maklumat
2) Penggunaan scaffolding yang berkesan
3) Dapat sokongan dan tunjuk ajar dari mentor ketika kajian masih dijalankan
4) Perbezaan berkaitan perbezaan kaedah untuk menyelesaikan masalah dan refleksi kajian tindakan.

Namun terdapat kekurangan yang timbul hasil dari kajian ini iaitu kesuntukan masa kepada guru novis untuk menyemak email kerana kesibukan tugas.

Kesimpulannya, penggunaan email/perbincangan secara maya dapat membantu guru untuk berkerjasama dan mendapatkan lebih banyak maklumat daripada rakan lain atau penyelia mereka.



JURNAL 2

PENGGUNAAN KAEDAH PORTFOLIO DI DALAM KELAS RENDAH & SEDAHANA BAGI PELAJAR-PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS TEPAT WAKTUNYA ATAU MEMAKAN MASA

Portfolio adalah koleksi persendirian yang mempunyai matlamat dan kegunaan tersendiri. Ia boleh membantu pelajar berkepeluan khas mengenalpasti kelebihan/kemahiran dan kebolehan diri.

Objektif Kajian
  • Mempertimbangkan kerelevenan penggunaan portfolio untuk menyokong perkembangan positif pelajar-pelajar bekeperluan khas.
  • Mengkaji sejauhmana penggunaan pengunaan portfolio adalah bersesuaian untuk memperkembangkan kebolehan diri pelajar berkperluan khas.
  • Mengenalpasti cara dan kaedah pengunaan portfolio yang betul keatas pelajar.
Penyataan Masalah

Bagaimana dan sejauhmanakah penggunaan kaedah portfolio bagi pelajar berkeperluan khas dapat membantu mereka untuk meningkatkan keyakinan diri, kemahiran metakognatif , pencapaian kendiri dan kemahiran membuat keputusan.

Metodologi Kajian

Kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah pemerhatian dan temubual telah digunakan untuk mendapat kandungan/isi yang bersesuaian dengan kajian portfolio.

Kelas tahap pencapaian sederhana dan rendah telah dipilih. Pelajar berada pada gred yang tersendiri iaitu gred 4 (seorang), gred 2 (seorang) dan bakinya adalah gred 3. Gred tersebut adalah berdasarkan jenis kekurangan (kecacatan) yang dihadapi pelajar.

Terdapat beberapa persoalan yang wujud dalam kajian ini ;
1) Pada perspektif guru, sejauhmana keberkesananpenggunaan portfolio dalam kelas terutamanya berapa banyak usaha dan penglibatan masa yang diperlukan.
2) Adakah pelajar-pelajar khas ini akan menceritakan pengalaman mereka dari sudut positif dalam portfolio mereka.
3) Sejauhmanakah kemungkinan pelajar-pelajar ini membuat refleksi terhadap aktiviti pembelajaran mereka tanpa penggunaan portfolio.

Setting Kajian

Kajian di sekolah bermula dari febuari 2005 dan tamat pada Jun 2005. Selepas tamat tempoh pemerhatian kajian di sekolah, kajian diteruskan melalui kemasukan data dan analisis data.

Sampel Kajian

Kajian ini telah dijalankan di di dalam sebuah kelas. Seramai 14 orang pelajar khas yang berada dalam kelas terbabit. Namun begitu, penganalisan data hanya melibatkan 8 orang pelajar sahaja. Hal ini adalah disebabkan kekangan halangan (salah tanggapan) keluarga yang tidak mahu anak mereka dijadikan bahan ujikaji.

Pengumpulan & Penganalisisan Data

Kaedah pemerhatian dan temubual secara bersemuka adalah kaedah utama untuk membentuk dapatan kajian.

Prosedur/ Proses-proses kajian tindakan penggunaan portfolio kepada pelajar bekeperluan khas melibatkan :
1) Kurikulum portfolio.
Melalui penggunaan kepelbagaian tema aktiviti seperti seni bahasa, aktiviti matematik & sains
2) Sumber data & Kandungan.
Kawasan kajian terletak di komuniti serdahana(sosioekonomi)
Lawatan pertama semasa kajian mendapati kelas tersebut berada dalam keadaan bising dan sibuk. Ketika lawatan kedua (data dikutip), penulis memberi komitmen pada pelajar .
3) Temubual bersama pelajar berkeperluan khas.
Soalan berkaitan pembelajaran yang diperolehi dari aktiviti dijalankan & pengetahuan yang diperolehi dari portfolio yang dibina.
4) Mengumpul dan menganalis dapatan kajian seterusnya diterjemahkan dalam bentuk data.
Data analisis bermula dari teori penggunaan portfolio kepada data dan kembali diterjemahkan kepada teori baru.

Implikasi Kajian

Dapatan kajian telah membuktikan penyebab mengapa dan bagaimana portfolio digunakan.

Menghubungkan strategi pembelajaran dalam portfolio, rantaian portfolio kepada IEP dan mereka SMART (khusus, tindakan, pencapaian,kesesuaian & masa)

Demontrasi bagaimana guru boleh menetapkan perancangan elemen pelajar, kawalan kendiri dan membuat penilaian tanpa arahan.

Dapatan positif dari penggunaan portfolio.
1) Pelajar berusaha untuk menyiap dan melengkapkan tugasan portfolio.
2) Pelajar aktif melakukan rekaan khusus untuk diletakkan di dalam portfolio mereka.
3) Hasil temubual yang dijalankan ternta pelajar gembira. Mereka menyatakan rasa seronok dan berlaku perkembangan dalam aktiviti sains dan bahasa.
4) Kepelbagaian aspek positif dalam mereka bentukportfolio.
5) Walaupun terdapat cabaran dalam menyiapkan portfolio, tetapi mereka mampu menyiapkan tugasan tersebut dan berasa gembira.
Cadangan pembentukan Model Kognitif untuk penilaian portfolio. Di dalamnya terdapat ciri-ciri rasional, matlamat dan penilaian teknik-teknik portfolio.

JURNAL 3

KAEDAH PEMIKIRAN GURU SECARA ‘IN-FLIGHT THINKING’ DI KELAS PENCAPAIAN RENDAH & SEDERHANA

Objektif Kajian

  • Mencari kaedah terbaik untuk memperbaiki kaedah pengajaran guru di dalam kelas pencapaian rendah dan sederhana.
  • Mengenalpasti apakah itu kaedah pemikiran in-flight thinking di kalangan guru.


Penyataan Masalah

Pelajar di kelas-kelas pencapaian rendah & sederhana mempunyai masalah dalam pemahaman dan penerimaan pengajaran guru di dalam kelas. Maka, guru berusaha mencari apakah kaedah terbaik dalam memperbaiki pengajaran guru di dalam kelas untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik para pelajar ini. Oleh itu kajian ini cuba menghuraikan apakah itu kaedah in-flight thinking di kalangan guru untuk menyesuaikan pengajaran mereka bagi pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah.

Metodologi Kajian

Kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah pemerhatian, rakaman video dan temubual telah digunakan untuk mendapat pemahaman dalam kaedah yanag bersesuaian untuk diketegorikan sebagai in-flight thunking dikalangan guru.

Kelas tahap pencapaian sederhana dan rendah telah dipilih. Guru akan terlibat dengan kajian tindakan berdasarkan pengamatan dan kajiannya di kelas terbabit.

Terdapat 3 andaian terhadap pemikiran guru yang berkaitan pembinaan in-flight thinking.

1. Pengajaran adalah proses kognitif yang kompleks yang berhubung dengan bentuk & persekitaran yang dinamik.

2. Terdapat jalinan hubungan antara tindakan dan pendapat guru. Contohnya tindakan adalah dikawal oleh pendapat yang akhirnya beri kesan kepada tindakan guru.

3. Pandangan & tindakan guru akan berkait dengan pembelajaran murid.

Setting Kajian

Secara umumnya, kajian ini tidak menyatakan secara spesifik tempoh kajian ini dijalankan. Ia menyatakan kajian ini dijalankan dikawasan pendalaman Australia serta kawasan bandar besar di Kanada. Tempoh kajian tidak dinyatakan kerana kajian ini dijalankan pada waktu yang berbeza diantara guru-guru terbabit.

Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan 5 orang guru yang mengajar di kelas pencapaian rendah & sederhana. Setiap guru mempunyai pengalaman mengajar diantara 3 - 27 tahun

Pengumpulan & Penganalisisan Data

Pengumpulan & pengutipan data berasaskan 3 kaedah ;

1. Nota kajian – pengkaji membuat catatan berdasarkan apa yang berlaku serta cadangan yang bersesuaian. Selain itu, catatan yang berbentuk subjektif melibatkan perasaan, rasa & idea.

2. Temubual separa berstruktur – guru member pandangan berdasarkan pengalaman di kelas-kelas terbabit.

3. Temubual berdasarkan rangsangan ingatan – rakaman video di buat semasa guru mengajar. Kemudian, guru terbabit akan memberi komen berdasarkan rakaman tersebut berkaitan cara & kaedah pengajaran mereka.

Implikasi Kajian

Hasil daripada kajian yang dijalankan, in-flight thinking boleh dikatakan sebagai teknik kajian yang berhubung dengan kognitif guru. Ia berdasarkan pengalaman dalam kelas, perkembangan fizikal dan mental pelajar serta kemahiran asas & professional lain yang dimiliki oleh pelajar.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa pengetahuan pelajar secara individu tidak berkaitan dengan tahap kesukaran pemahaman. Oleh itu terdapat cadangan yang mana tumpuan terhadap perbezaan pelajar harus ditukar kepada peningkatan pengetahuan guru melalui sumber maklumat tentang pelajar untuk meningkatkan teknik pengajaran yang efektif.

Pengkaji juga mendapati bahawa pelajar-pelajar mempunyai cirri mereka yang tersendiri berbanding kemahiran general pelajar di dalam kelas. Kesan daripada itu, dapat dilihat pelajar-pelajar mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Maka teknik & kaedah mengajar guru kepada pelajar-pelajar terbabit juga haruslah berbeza mengikut keunikan & tahap kognitif mereka. Pemikiran berbeza bagi guru terbahagi kepada 2 tumpuan iaitu;

Seluruh kelas

· Terdapat kemahiran dalam pengajaran guru yang mana kaedah pengajaran sehala menyebabkan pelajar mengalami kesukaran pemahaman dalam ajaran guru.

· Pembahagian kumpulan perbincangan pula mendatangkan masalah apabila guru beranggapan bahawa tahap pemikiran pelajar adalah sama. Maka pelajar yang lemah akan pasif & kurang bagi pendapat ketika perbincangan.

Secara individu

· Kelemahan guru dalam membezakan pengetahuan & kemahiran pelajar dari 2 aspek utama iaitu akademik & bukan akademik.

Ulasan : terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini. Masa kajian tidak dinyatakan secara spesifik akibat dari kajian antara guru yang dijlankan secara berbeza masa. Maka ini mungkin mewujudkan bias dalam dapatan kajian keseluruhan. Kajian juga adalah berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran yang murid ada tanpa mencadangkan cara untuk memahmi masalah kesukaran pemahaman dikalangan pelajar.





ulasan perbencingan antara jurnal.
hasil pembacaan dan bacacan saya, setiap jurnal yang dipilih mempunyai perbezaan tersendiri. bagi jurnal 1 dan 3, kedua jurnal ini lebih kepada kajian dikalangan guru untuk memperbaiki mutu pengajaran mereka untuk mewujudkan P&P yang berkualiti kepada murid seterusnya meningkat minat dan pemahaman murid terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. manakala jurnal 2 adalah pengenalan 1 kaedah pengajaran kepada murid-murid. persamaan ketiga jurnal ini adalah method yang digunakan adalah kaedah kualitatif untuk membentuk data kuantitatif. kaedah yang dominan adalah kaedah pengamatan, pemerhatian, rakaman video dan temubual.

0 comments: