BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 2, 2009

AKTIVITI 3 - TUGASAN 3 : LAPORAN PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN PELAJAR DPLI UKM (AMBILAN JANUARI) 2009, 26-27 OKTOBER 2009, PALM GARDEN HOTEL PUTRAJAYA

LAPORAN 1

TAJUK : MENINGKATKAN PENGLIBATAN & MINAT PELAJAR TINGKATAN 1 TERHADAP SUBJEK SAINS MELALUI PENDEKATAN AKTIVITI DALAM KUMPULAN.

PEMBENTANG : SITI FATIMAH ARIFFIN & ZAINUN YASIN.

TARIKH/MASA : 27 OKTOBER 2009, 8.30 PAGI.

TEMPAT : BILIK PERDANA C.


Objektif Kajian
  • Meningkatkan penglibatan pelajar dalam sesi P&P di dalam kelas seterusnya meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Sains.
  • Mewujudkan suasana P&P yang ceria, interaktif dan menarik
  • Meningkatkan penglibatan pelajar secara lebih aktif dan sukarela dalam setiap aktiviti P&P yang dijalankan.


Penyataan Masalah
Pengajaran adalah lebih berpusatkan guru. Situasi ini telah menyebabkan Pelajar-pelajar bising & sukar untuk mendengar arahan guru. Hal ini adalah kerana mereka tidak berminat & bersikap pasif dalam sesi P&P.

Metodologi Kajian
Terdapat 3 jenis aktiviti yang dijalankan iaitu lakonan, isi tempat kosong (konsep permainan- jangan lupa lirik) dan permainan kotak beracun (konsep ganjaran & dendaan)

Setting Kajian
Berlangsung ketika sesi P&P : 2 masa.

Sampel Kajian
Kajian ini telah dijalankan di SMK. Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai. Kajian melibatkan pelajar tingkatan 1 seramai 33 orang yang mempunyai pencapaian akademik yang lemah.

Pengumpulan & Penganalisisan Data
Kaedah pemerhatian digunakan semasa kajian dijalankan manakala kaedah temubual & refleksi pelajar digunakan selepas kajian dijalankan (melibatkan hanya 10 orang pelajar sahaja bagi kaedah temubual)

Implikasi Kajian
  • Aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada pelajar, pelajar belajar melalui permainan yang menyeronokkan, namun suasana kelas tetap terkawal.
  • Pembelajaran lebih banyak melibatkan pelajar seperti peningkatan pelajar yang secara sukarela bertanya soalan.
  • Terdapat peningkatan pengakuan pelajar yang meminati subjek sains iaitu 4 pelajar sebelum aktiviti menjadi 10 orang selepas aktiviti. Pemahaman konsep sains (3 kepada 8 orang pelajar) penglibatan aktif dalam P&P (3 kepada 10 orang pelajar) dan 10 orang pelajar mengakui aktiviti sains adalah tidak membosankan berbanding hanya 2 orang sahaja yang mengatakan sebegitu sebelum aktiviti dijalankan.
  • Aktiviti permainan ala2 'jgn lupa lirik' dan kotak beracun lebih menarik minat pelajar kerana mereka berpendapat guru bersama memberikan bimbingan.

Ulasan & Cadangan
Hasil dari pemerhatian saya, didapati bahawa kaedah P&P berpusatkan pelajar adalah kaedah yang lebih sesuai dan berkesan untuk meningkatkan penglibatan dan pengetahuan pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Subjek sains adalah mata pelajaran yang sukar dan berbentuk konseptual. Maka pendekatan P&P secara berkumpulan mampu untuk meningkatkan pengetahuan pelajar. Mereka dapat berbincang dan menyatakan idea masing-masing. Kaedah dendaan dalam permainan kotak beracun akan meningkatkan kerjasama pelajar untuk menjawab soalan dengan betul. Manakala pendekatan rancangan ‘Jangan Lupa Lirik’ adalah merupakan salah satu kaedah kretif yang dijalankan pengkaji kerana aktiviti P&P berbentuk hiburan pasti mewujudkan suasana P&P yang ceria dan menarik. Namun begitu, beberapa cadangan penambahbaikan perlu difikirkan seperti membuat ujian penilaian selepas setiap kitaran, sesi temubual hendaklah dibuat lebih daripada 10 orang pelajar dan memanjangkan masa aktiviti.

LAPORAN 2

TAJUK : MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TINGKATAN 4 BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
(TAJUK : ZIKRULLAH PENGUBAT HATI) DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN MAUJUD

PEMBENTANG : MOHD HAFIZ BIN HASSAN & MOHD HAIROL HAFIFI BIN HUSSIN

TARIKH/MASA : 27 OKTOBER 2009, 11.00 PAGI.

TEMPAT : BILIK PERDANA C.

Objektif Kajian
1.Mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan Bahan Maujud.
2.Mengetahui kepentingan penggunaan Bahan Maujud.
3.Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahan Maujud.

Penyataan Masalah
Sejauhmanakah penggunaan Bahan Maujud bagi matapelajaran Pendidikan Islam dapat membantu guru untuk mewujudkan suasana P&P yang menarik di dalam kelas. Guru juga perlu kretif supaya pelajar mendapat manfaat dan ilmu yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Metodologi Kajian
Penyelidikan ini dijalankan berdasarkan aplikasi penggunaan bahan maujud bagi tajuk Zikrullah pengubat hati. Kaedah permainan Kotak beracun dan penggunaan multimedia dalam P&P turut digunakan.

Setting Kajian
Tempoh kajian dilaksanakan ialah dua sesi p&p iaitu 70 minit.

Sampel Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada 42 orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 Teknik 2 sesi 2009 Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam.

Pengumpulan & Penganalisisan Data
Pemerhatian dan penggunaan rakaman video dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan sebagai instrumen kajian.
Kaedah/kemahiran yang digunakan melibatkan permulaan, variasi dan penerangan seterusnya penggunaan papan putih, penjelasan melalui contoh dan akhir sekali teknik penyoalan dan pengesanan.

Implikasi Kajian
  • Pelajar sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses P&P yang akan diajar oleh guru selanjutnya.
  • Kelas menjadi lebih aktif kerana tertarik dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.
  • Guru turut menggunakan BBM berbentuk multimedia dan konvensional. Penggunaan multimedia sebagai pengubah haluan dan minat pelajar supaya mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang menggunakan konsep yang sama sahaja.
  • Pelajar begitu seronok, terhibur dan lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan kotak beracun
  • Guru meletakkan beberapa jenis bahan maujud dan beberapa soalan yang digulung di dalam kertas sebagai pengukuhan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar.

Ulasan & Cadangan
Penggunaan bahan sedia ada atau bahan maujud merupakan salah satu kaedah/teknik sedia ada yang mungkin kurang disedari oleh guru tentang keberkesananya. Kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberi pengetahuan kepada saya bahawa bahan maujud merupakan salah satu BBM yang paling berkesan. Malah saya juga tertarik dengan ulasan pembentang yang mana "BBM yang paling menarik dan terbaik adalah diri guru itu sendiri." Oleh hal demikian, sebagai seorang guru kita perlulah memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang pelbagai. Ini adalah penting kerana guru adalah pendidik yang mana matlamat utamanya adalah membentuk tingkah laku pelajar menjadi insan yang berguna, berkualiti dan seterusnya dapat berbakti kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
Di dalam kelas pula, guru perlulah memastikan pelajar-pelajarnya memahami konsep serta pembelajaran dalam kelas tersebut. Penerangan yang diberikan ketika P&P juga perlu ringkas, jelas, tepat dan disertai contoh-contoh agar tidak mengelirukan para pelajar. Penggunaan Bahan Maujud merupakan salah satu kaedah yang baik untuk menarik minat pelajar kerana bahan maujud ini memang wujud dan jelas serta mempunyai sifat-sifat yang boleh dikenalpasti oleh deria-deria kita iaitu mata, telinga, lidah, hidung dan kulit. Penglibatan pelajar secara langsung dengan penggunaan Bahan Maujud ini juga menjadikan pelajar aktif dalam proses P&P .

Kesimpulan & Ulasan Kesesuaian Kedua-dua Kajian Tindakan Tersebut.

Setelah membaca, meneliti dan memahami kedua kajian ini, saya berpendapat bahawa kedua-dua kajian ini adalah sesuai dengan maksud kajian tindakan. Berdasarkan tajuk kajian, kedua pembentang mengutarakan matlamat untuk meningkatkan minat pelajar. Dalam hal ini, saya berpendapat, perkataan meningkatkan perlu diubah atau digugurkan. Ini kerana kajian tindakan yang dijalankan disekolah pastinya berbentuk satu kajian yang bertujuan untuk penambahbaikan sesuatu kelemahan yang wujud dalam aktiviti P&P di dalam kelas. Sebagai contoh tajuk yang boleh digunakan & dicadangkan adalah 'Pendekatan aktiviti dalam kumpulan berkaitan minat & tahap penglibatan pelajar tingkatan 1 bagi subjek sains'. Dari segi permasalahan kajian, ternyata kedua-dua kajian ini berhadapan dengan situasi untuk menarik minat pelajar serta mewujudkan suasana P&P yang menarik di dalam kelas. Methodologi yang digunakan juga adalah jelas bagi kedua kajian ini yang mana menggunakan pendekatan permainan, penggunaan multimedia & bahan maujud dalam usaha meningkatkan minat & penglibatan pelajar di dalam kelas. Sampel & setting kajian juga adalah jelas dinyatakan oleh pengkaji. Hasil dapatan kajian juga adalah bertepatan dengan matlamat/objektif kajian. Kedua kumpulan pembentang/pengkaji menyatakan dengan jelas hasil kajian mereka. Pengumulan & penganalisan data juga menggunakan kaedah kualititatif yang mana adalah kaedah yang bertepatan dengan kajian tindakan. Tahniah kepada kedua kumpulan pengkaji atas kajian ini....

0 comments: